Thursday 30 August 2012

suku hari bersama family shareen ! huhu

assalammualaikum :O
hye . hari nie aku nak cerita pasal aku bersama keluarga SS aku 
and SAHABAT SEJATI aku iaitu fatini 
semalam rumah shareen ada buat makanII . erm . 
kami diundang untuk memenuhkan perut yang sedia kosong .
huhu . petang tepat pukul 6:30 aku bergerak ke 
rumah shareen . mulanya nak ajak dia lepak . tapi laen yang jadi .
haha . datangII kena tolong mama shareen masak . 
sepantas kilat tugas di beri . haha . tugas aku kena buat roti sardin gulung . 
yang lain ada laa tugas nya . haha . alhmdulilah .
majlis berjalan dengan lancar . selepas semua nya selesai aku bantu shareen 
buat folio pasal salahsilah keluarga . sedikit sebanyak 
aku dapat taw keluarga dia macam mana .
alhmdulilah kami dapat selesaikan folio tu malam tu jugak 
yang paling best bila makan bersama . 
hilang penat takala melihat diaorang ketawa . huhu .
sesudah makan aku bersiap sedia untuk balik . dalam lengkung masa pukul 
10:15 kowd . tibaII moto aku pulak buat hal .
kat sini aku hampir susahkan semua keluarga shareen . 
bertungkus lumus nak startkan moto aku .
yang beriaII sangat ialah . angah . along . abang . 
mama dah risau bila moto aku tak boleh start . haha . 
dengan berkat angah moto aku telah hidup . tapi kesian angah 
mesti penat layan kerenah moto aku tu . haha . dah macam budakII 
moto tu . 
P/S : terima kasih coz ajak aku lepak dengan family kau . 
best sangat lepak dengan dieorang fun sangat . 
kenang nie tak dapat aku lupakan . erm . 
bila kita bersama (shareen . fatini and aku)
yang susah semuanya akan jadi senang . bila kami bergabung kami 
akan meletop . apa yang aku bualkan nie .
dah start mengabung nya . haha . 
to mama : terima kasih coz masakkan kitaorang makanan yang 
sedap sangat . 
to shareen : terima kasih coz sudi layan perangai aku nie 
to angah and yang laen : soe kalau menyusahkan . 
oke lah . aku taktaw nak cakap apa lagi .
wsalam . nah ! ambik nie sorang satu .
muuuuaaahhh !

Tuesday 28 August 2012

wey ! ada cerita nie !

assalammualaikum :P
hye . hari nie aku nak cerita pasal hari nie aku dapat coklat 
dari si dia . huhu . aku bergurau jew minta dia coklat 
tak tahu lak dia beli betulII . alhmdulilah . 
si dia terima kasih . coz belikan orang coklat . 
orang nak bayar awak tak nak .
awak cakap " tak apa saya belanja awak "
segan saya dibuatnya taw . 
kesian awakkan sampai balik awak pujuk saya unutk terima 
coklat pemberian dari awak . 
lastly saya ambik gak . awakII nak taw tak apa jadi bila saya 
dah dapat coklat dari awak . saya makan time tunggu bas 
petang tadi dengan budakII nie siapa lagi kalau bukan hantu coklat nie .
( reen . fatini . fatin . and ak )
haha . balikII sekolah jew saya cerita pasal awak dengan coklat nie .
kat ibu . haha . ibu marah saya coz susahkan awak . haha 
seyesly coklat yang awak bagi memang sedap . 
sekejap jew dah abis . huhu . nasib baik ibu dengan ayah dapat rasa 
sekali . pandai awak pilih .
P/S : untuk si dia . sorry kalau saya menyusahkan awak . 
terima kasih coz belikan saya coklat . 
pandai awak pilih sedap sangat . rugi tak dapat share dengan awak .
huhu . entah gatal jew aku nie . haha 
untuk budakII yang makan coklat dengan aku tadi : terima kasih 
coz sudi makan dengan aku . erm . semoga coklat tadi 
jadi separuh dari darah daging kita . 
untuk membantu si dia di akhirat kelak . insyaallah . 
amin . okay laa aku dah tahu nak tulis apa lagi . 
elok kalau aku minta izin nak berehat .
wsalam . harap kauorang terhibur bila baca blog aku nie .
nah ! ambik nie muuuaaahh !

Saturday 25 August 2012

alhamdulilah !

assalammualaikum :P
hye . npe entry aku . aku tulis alhmdulilah . 
aku bersyukur sangat sebab
apa yang aku niatkan dapat aku tunaikan . 
semalam kami keluar pergi melaka yang teman aku 
keluar semalam . shareen . fara . syawal . aikarl . wan . 
and beberapa budakII yang lain . aku tak berapa kenal .
fara . shareen . and syawal laa nak sangat keluar . 
aku ikowt kan sahaja . tiba di sana kami start laa lepak . 
nak ikot kan kami tinggalkan shareen dengan syawal tapi .
shareen tak nak mybe baru lagi kot . 
dia tak biasa . aku bawa laa dia orang jalanII kat dalam MP tu .
si syawal and budakII lain lepak kat tempat game . 
yang kami nie dah penat berjalan . perut terasa lapar lak .
coz sebelum bergerak ke sana aku tak makan and minum 1 apa pun .
baru jew nak orde makan . shareen cakap nanti laa makan 
sebab awal lagi . erm . aku pun ikot laa cakap dieorang . 
erm . dah penat berjalan and perut dah start lapar .
shareen ambik syawal untuk pergi makan kat food court kat atas tu .
alhmdulilah . akhirnya dapat jugak makan . haha
pas makan kami lepak di dataran pahlawan . lepak di padang .
setelah bosan duduk di situ . aku and fara tinggal kan shareen dengan syawal 
aku dengan fara pusingII di dalam DP . 
erm . tak lama lepas tu . kami telefon khai kat mana .
and then dia mybe tak boleh sampay di DP . 
dan di suruh kami tunggu dia di MC . dengan pantas kami beredar 
dari MP/DP tapi sempat kami berhenti tuk beli BR . 
ais karim tu memang sedap . 
kami gerak ke MC tiga orang jew . shareen . fara and aku . 
syawal kami dah hantar kat jueh . kawan kepada syawal 
setelah urusan di MP/DP selesai kami pun bergerak laa ke MC 
untuk temukan fara dengan aikarl . 
alhmdulilah . tak lama lepas tu dia sampai . kami bagi ruang untuk 
aikarl and fara berbual sekali tu sesuaikan diri dia orang .
sementara tunggu syawal sampai untuk balik ke rumah masingII
lama gila kami tunggu . and akhir sekali tak siaII kami tungu diaorang . 
haha . akhirnya dapat jugak aku temukan si fara dengan aikarl 
walaupun sekejap . and dapat lepakkan syawal dengan shareen .
alhmdulilah . separuh dari niat aku dapat aku tunaikan .
sekarang tinggal niat nak lepak dengan si dia kat tutti frutti . 
bersama fatini lak nak lepak dengan dia bila free . 
kalau boleh nak turun lagi tapi kali nie ramaiII pergi .
nak duduk lepak lagi dengan syawal . shareen . fara . aikarl . wan .
jueh . and budakII lain . and bila di gabungkan dengan budakII 
yang lain kami di dalam kelompok yang besar . baru la meletop .
haha . entah apaII jew aku nie . 
P/S : kepada budakII yang lepak dengan aku terima kasih sangatII 
coz sudi lepak dengan aku . 
untuk aikarl . terima kasih coz sudi gak datang dalam masa yang terdesak 
tu . tuk jumpa kitaorang terutamanya fara . hehe 
untuk fara : hope kow happy dapat jumpa aikarl 
walaupun masa yang kami bagi agak sengkat . and sorry sangatII 
kalau tak kena tempat aku temukan kauorang .
untuk SS : harap kauorang rasa happy bila aku bagi kauorang 
ruang untuk date . haha . tu jew kowd yang aku boleh tolong .
hope apa yang aku buat untuk kauorang . sedekit sebanyak dapat happy 
kan kauorang . or hilang tension kauornag rayaII nie . haha .
ya allah . kekalkan persahabatan kami buat selamaIInya .
kekalkan kegembiraan kami ya allah . 
duka kami harap sahabatII kami ada untuk tolong selesaikan .
ya allah aku mohon kau jadikan kami sahabat yang bertamggungjawab 
di antara satu sama lain . kau jadikan kami seorang sahabat 
yang sejati ya allah . 
oke laa . aku tak tahu nak cakap apa lagi .
hati nie happy sangat . 
wsalam . hope kali nie cerita dalam blog nie buat kauorang happy tok baca .
sebelum aku tinggal kan kauorang dengan blog aku nie . 
nah ! ambik sorang 1 muuaaahh .

Friday 24 August 2012

salam lebaran !

assalammualaikum .
hye . sorry dah lama tak update yup . 
haha . busy sikit maklum laa raya nie kan 
lupa nak wish kowowg untuk hari raya nie kan 
okay . SELAMAT HARI RAYA MAAP ZAHIR & BATIN 
kalau aku buat salah apaII kat kauorang hope 
kauorang maafkan . kalau termakan kew minta halalkan .
hah ! apa cerita raya nie . banyak dapat duit raya tak ? 
haha . aku . tak banyak dapat laa coz dah besar . 
ala . tak kesah kowd . 
weyII raya kauorang best tak tahun nie . erm . 
mesti bestkan . kowowg tanya aku best ke tak ?
rasa nye macam tak best coz raya pertama kami beraya nie sini .
kampung belah ibu . raya sebelum nie kami selalu beraya 
di kampung belah ayah . sejak nenek belah ayah 
meninggal kami beraya nie sini dan kami dah tak berapa rapat dengan 
saudara belah ayah . kami tak tahu kenapa ?
mybe sebab nenek dah tak ada kowd .
erm . kauorang nak tengok tak pic kami sekeluarga
jangan salah sangka muka kami tak makeup pon 
nie semua keja fatien . dia yang edit . haha .
nie pic time pagi raya dia rumah atok belah ibu .
kelakar jew muka kami . huhu . muka tak cukup tido
mana tak nye malam raya kami belom habis kemas
rumah lagi .
haha . nasib baik malam tu ramai yang balik
ringan laa sikit beban kitaorang .
kejaII kemas rumah nie ibu kami serahkan pada kami .
hal dapur masak-memasak serah pada ibu . haha .
kauorang lak macam mana persiapan raya ?
mesti malam raya kauorang best right . haha .
P/S: kenapa ramahdan cepat sangat rindu sangat kat ramahdan
hope . aku dapat jumpa lagi ramahdan untuk tahun seterusnye .
aku nak kejar pahala ramahdan lagi .
okay laa . wslm .
terima kasih sebab kauorang sanggup follow blog aku nie .
di sebabkan kauorang rajin baca blog aku
nah ! amik sorang satu . muuuaaah ! 

Monday 13 August 2012

first time kerja !

assalammualaikum , 
hye , dah lama sangat aku tak update blog aku kan , 
haha , aku busy sikit sejak kerja nie , 
apa ? kauorang nak taw aku kerja kat mana ehk ?
japII aku nak cerita laa nie , haha 
aku kerja kat bazar ramadhan jew untuk puasa minggu 
terakhir nie ,
banyak benda laa aku belajar kat sana ,
betapa susah nye nak cari duit ehk ,
macam tu laa penat makbapak aku cari duit untuk
aku adik beradik aku , erm 
yang kita orang senangII jew abiskan duit dieorang , 
P/S : untuk ibu dengan ayah sekarang adik dah taw betapa 
susah nye ayh dengan ibu nak cari duit ehk ,
dan hari tu adik tak sempat cakap terima kasih coz ayah and 
ibu izinkan adik kerja , 
erm , sayang ibu and ayah ,
adik nak minta maap sangatII coz tak dapat nak buka 
puasa dengan ibu and ayah , erm ,
untuk kawanII aku lak sorry sangatII coz dah tak balik saing dengan
kauorang sejak kebelakagan nie , and dah lama tak lepak dengan kauorang 
tak apa pas raya kita aku cuba penuhkan masa aku dengan 
kauorang oke , kita pergi makan tutti futti kew ?
lepak MP / DP kew ? 
dapat tengok kauorang tersenyum cukup laa . 
banyak benda aku nak cerita tapi kepala otak aku nie 
tengah kusut pikir kan masalah aku nie ,
erm , mybe kauorang tak perlu tahu kowd , haha ,
tak besar sangat laa , kecikII jew , haha , 
mybe aku boleh selesaikan sendiri , 
oke laa kauorang jangan risau buat masa nie aku okeII jew , 
oke laa aku dah tak tahu nak cakap apa lagi 
wslm , thnkz coz kauorang sudi baca blog aku nie 
nah ! ambik sorang satu , muah 

Wednesday 8 August 2012

tips 10 malam terakhir ramadhan

assalammualaikum , 
hari nie aku na share sikit pasal 
10 malam terakhir ramadhan , 
shareen kawan aku selalu tanya macam mana nak 
rebut pahala & kelebihan malam Lailatur Qadar 
ah ! shareen baca bawah nie 

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.

hope apa yang aku share dengan kauorang 
sedikit sebanyak dapat membantu laa 
oke laa itu sahaja yang aku dapat share kan dengan kauorang 
wsalam 



Monday 6 August 2012

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

assalammualaikum , 

hari nie aku nak share pasal nuzul al-Quran dengan 
malam lailatul Qadar . semua nya dah tertulis kat bawah tu , 
sila baca 

Nuzul Al-Quran :


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

  Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1.      Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2.      Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3.      Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
            Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”. 
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap
Kesimpulan     
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.
 harapII apa yang aku share dengan kauorang , kauorang faham , 
rebut laa yup ganjaran pahala yang allah janjikan ,
oke laa wslm