Wednesday 16 October 2013

lepakking with shareen and fatini !

assalammulaikum . :)
hai . hari nie aku kembali menaip kembali . erm . 
sebab hari nie ada benda best yang aku nak share dengan kauorang . 
and sorry sebab dah lama tak update cerita yang menarik untuk kauorang .
busy laa beb dengan buku lagi . ala maklum laa nak exam kan . haha . (padahal tak buat apa pon)
hahah . cakap baik sikit laa . depan ibu ayah jew tak buat apa apa padahal kat sekolah bukan 
main tekun aku belajar . sampai orang kacau kena marah dengan aku . haha . 
bukan saja nak marah tapi nyawa dah ujung tanduk . hahah . lepas lepas exam kita gurau laa yup .
apa benda laa yang aku megaban nie . haha . okay aku start cerita yup . tadi lepaking dengan 
shareen and fatini best gila laa . lepak macam tahun nie kitaorang tak ada exam besar pulak . 
shareen laa dia umpan aku dengan mee sedap dia aku dah terliur . hahah . akhirnya 
aku termakan jerat si shareen . erm . tapi tak megapa laa . abiskan sakit baki sebelum 
exam lepak and gelak gabak dengan shareen and fatini. apa apa pun hari nie 
aku happy gila dapat lepak dengan diaorang . dapat makan bersama . borak bersama .
share masalah bersama . tengok tb bersama . and semuanya bersama laa .
mesti nanti aku akan rindu saat saat macam nie . yup laa coz tahun depan tak tentu aku
dapat lepak dengan diaorang lagi . aku sayang dia orang . walau jahat mana pun kauorang 
dengki aku .aku terima . hahah . sebab aku tahu persahabatan tak best kalau tak dengki mendengki .
oke laa aku dah tak tahu nak cakap apa yang pasti hari ini memang best gila .
apa yang aku nak cakap aku sayang shareen dengan fatini sangat sangat ! 
jangan jeles yup yang lain .
XOXOXOXO

Friday 11 October 2013

semalam punye cerita !

assalammualaikum :O
hai semua . maaf sebab dah lama tak update blog untuk kauorang .
hari ini macam free sikit nak update laa cerita pasal semalam . haha . 
semalam aku keluar lepak dengan kawan kawan kelas aku . 
kitaorang lepak kat anjung batu . sesiapa yang nampak kitaorang .
anda tidak silap orang tu laa kami sebenarnya . haha .
sebenarnye plan nak lepak cystal bay . last last minit kitaorang ubah tempat .
sebab salah sorang dari kami takot and tak ada lesen jadi kami pergi jew laa tempat 
yang dekat . erm . maap laa kat fikry . knot . klon cemon and sudin . 
kitaorang lambat bagitahu kauorang . cian kauorang sebab dah jaoh jaoh kena patah balik .
bila dah masuk dalam anjung kena keluar pulak . membazir jew bayar seringgit . haha 
maap ehk semua . tujuan kami lepak ramai ramai kat anjung sebab nak 
tengok keindah yang allah cipta . sebagai contoh tengok laut yang terbentang luas . 
and melihat pertukaran siang ke malam . melihat matahari terbenam bersama kawan kawan .
alhamdulilah ! akhirnya hajat aku untuk tahun nie bersama kawan kawan jannah aku dah 
tercapai . amin . wey ! kauorang nak tengok tak gambar kami masa kat sana . jap jap ! 
nie laa budak budak yang join plan aku yang tak seberapa nie . haha . 
start dari kiri aku . emy kecik . amir . apis . aj . fikry . emy mok . syafiq (N) . syafiq (I)
shareen .sudin . cemon . anis and fara . sorang lagi yang mula mula ada tapi 
lepas tu dia balik tanpa beritahu ialah piqah and pakwe die tak kenal laa siapa . 
lepas dah puas lepak and matahari pun dah terbenam kitaorang beransur pulang . 
separuh perjalanan kami . aj ajak minum . yang join minum malam semalam .
cuma . aku . anis . shareen . fara . cemon . sudin . amir . aj and fikry . 
emy mok . emy kcik . syafiq (N)(I) . apis terus balik sebab masing masing ada hal . haha . 
semalam ada laa hari yang paling best buat aku sebab diaorang semua sempurnakan hajat aku .
and terima kasih kat allah jugak sebab tunaikan hajat aku and permudahkan urusan aku 
semalam . amin . terima kasih semua and maap sangat sangat kalau ada yang tak puas hati semalam .
hope kita boleh lepak macam nie lagi nanti . (kalau allah bagi aku hidup lagi )
oke laa dah penat menaip nie wsalam . 
aku sayang kauorang laa kawan ! kauorang kawan aku until jannah taw .
XOXOXOXO

Friday 6 September 2013

aku buntu bila masalah datang !

assalammualaikum .
hai . baru 1 hari yang lepas aku update blog cerita yang best untukkauorang .
kali nie aku kembali menaip lagi untuk cerita maslah aku kat kauorang .
malam nie cerita aku sedih sikit laa . maap emy aku tak sanggup nak simpan .
benarkan laa aku bercerita kat sini sebab tak ramai yang baca blog aku nie .
kat sini aku nak berterus terang dengan kow sebenarnye ibu kau tak suka kita 
berkawan right ? apa lagi bercouple . yup aku tahu kalau aku tanya ibu kau suka 
tak kau kawan dengan aku mesti kau akan cakap suka dengan syarat kau belajar right .
tapi kata kata kau tu sebaliknye kan . aku tahu kau cakap macam tu sebab kau nak sedapkan hati 
aku jew kan . okay tak apa aku terima dengan senyuman . emy aku tahu laa family kau macam
mana dia tak kan mudah terima seseorang . ibu ayah kau terlalu mengongkong kau . 
sedangkan kau nak bebas macam kitaorang tapi kua tak dapat rasa kebebasan tu . 
lagi satu kalau ibu ayah kau boleh terima aku kenapa kau selalu tinggikan suara kau 
dengan ibu ayah kau . kenapa depan aku kau tk pernah tinggi suara dengan aku . 
bukan aku nak bangga laa sebab kau boleh hormat aku daripada kau hormat ibu ayah kau . 
aku cuma kawan kau . manakala ibu ayah kau orang yang bertungkuslumus membesarkan kau . 
kenapa makin dewasa kau makin biadap dengan dia . yup aku tahu kau nak kan 
kebebasan tapi bukan macam to . untuk pengetahuan kau seminggu yang lepas ibu kau ada telefon 
aku . mula mula tu aku happy laa sebab ibu kau telefon aku tanya khabar aku . 
dah makan ke belum ? happy gila laa tapi bila dia sentuh pasal peragai kau aku rasa macam tak 
boleh terima sebab depan aku kau baik tapi belakang kenapa kau selalu tinggikan suara dengan 
dia . ibu kau minta tolong aku nasihtkan kau tapi dah berbuih mulut aku nasihatkan kau . 
satu pon tak masuk dalam otak kau . lagi 1 aku sedih bila ibu kau cakap kau anak harapan dia . 
aku tak tahu nak buat apa lagi dengan kau . ibu kau minta aku ajar kau . tapi bila aku 
ajar . apa yang aku ajar tu macam nak tak nak jew kau terima . bukan aku nak marah laa 
kalu kau susah nak terima . tapi tolong laa bila aku ajar tolong laa fokus sikit . 
ini untuk kebaikan kau jugak . lagi 1 ibu kau minta aku kurangkan text dengan kau . 
macam petang tadi kau tanya aku malam nie nak text kew tak nak . sepontan aku cakap aku 
tak ada kredit . pastu kau cakap nanti kau share kan mula mula aku cakap tak payah .
sebab aku teringat pesan ibu kau jangan text kau selalu . sebelum nie tiap jumaat malam adalah 
hari yang aku tunggu tunggu text dari kau . tapi sekarang aku dah kena limit kan text aku dengan 
kau . kalau kau perasan sekarang aku macam nak jaoh diri dari kau right ?
kau fikir aku sanggop ke nak jaoh diri dari kau . tapi aku terpaksa sebab aku nak biasa kan 
diri bila 1 hari nanti ibu kau tak izinkan aku berkawan dengan kau lagi . 
maap sebab aku terpaksa luahkan kat blog sebab depan kau aku tak berani 
aku takot air mata aku mengalir tiba tiba . okay laa aku minta maap yup . 
kau kawan aku untill jannah taw . wsalam sayang aku laa emy . 
XOXOXO :D 

Wednesday 4 September 2013

nie tadi punye cerita !

assalammualaikum . 
hai . aku kembali menyambung cerita kami untuk malam nie .
haha . nampak tak entry aku yang kat atas tu . tadi punye cerita . 
kitaorang meraikan besday mak syawal . alhamdulilah apa yang di plan kan 
menjadi walaupun pada permulaan nye macam was was . haha . 
tapi kali nie majlis untuk mak syawal macam tak ramai yang follow . 
dengan kekecohan aku kat rumah tu terasa laa kegembiraan nye sikit . 
betul tak kawan kawan ? haha . aku nie perasan laa. 
mulut ak jew kan yang kecoh kat situ . haha . yang join majlis mak syawal .
cuma aku . shareen . fatini . bidin . emy mok & azim orang yang paling lewat sampai .

nie pulak gambar kami semua . haha 
haha . memang best gila . nak tengok tak gambar kek . haha .

alamak gambar pulak tak boleh masuk dalam blog nie . maap laa yup . apa apa hal
nak tengok gambar ke pergi kat syawal punye facebook . haha . ada laa gambar kami kat situ
okay laa dah lewat malam dah nie nak tidur laa esok last paper .
doa doa an aku yup . haha . insyaallah sama sama berjaya .
tak terlewat untuk ucapkan berbanyak terima kasih kat kawan kawan aku
yang sudi layan kerenah aku yang gila untuk malam nie .
terutama nye yang banyak kena dengki dengan aku siapa lagi kalau bukan bidin . hahah
shareen and fatini yang tak berhenti henti ketawa sebab peragai aku .
emy mok ugut untuk tinggalkan aku kat AMJ . haha . aku tahu diaorang tak sanggup
nak tinggalkan aku . haha . emy mok dengan bidin terima kasih sebab selamatkan
aku dengan fatini tiba tiba motor mati kat lampu isyarat . tunda kitaorang daripada
belakang . jaga keselamatan kitaorang budak perempuan nie . terima kasih sangat sangat .
syawal pulak terima kasih sebab bagi aku meriuhkan keadaan rumah kau .
terima kasih sangat sangat sebab jemput kitaorang . kalau keterlaluan kami minta maap
sekian terima kasih and selamat malam . kita kawan sampai jannah taw .
xoxoxoxox :D 

join majlis tahlil & open house rumah emy mok !

assalammualaikum .
hai . maap laa sebab dah lama aku tak update story pasal kami .
sekarang aku kembali aktif untuk menaip cerita pasal kami . haha 
nampak tak enrty aku yang kat atas tu . semalam kat rumah emy mok .
ada buat bacaan tahlil dengan rumah terbuka . jadi kami nie jemput hadir . 
macam biasa laa kalau ada buat makan makan nie kitaorang laju jew . 
lagi satu emy mok minta kitaorang yang perempuan tolong mama dia bagi berkat 
untuk tetamu yang bacaan tahlil untuk arwah . yang jemput aku dengan shareen malam 
semalam cuma emy mok . dia naik kereta . tak sangka emy mok dah pandai bawak kereta .
peh ! jeles gila bila tengok kawan kawan aku cepat belajar untuk bawak kereta .
semalam emy mok ambik kitaorang sebelum pukul 8 . haha . 
dalam kereta tu mula aku jew bising . biasa laa aku kan kecoh sikit . haha 
lama jugak laa kitaorang kat sana . dengan kekecohan kawan kawan aku . siapa lagi 
kalau bukan aku . shareen . anis . pikah . sudin . cemon . nua . syawal . amir .
emy kecik . hakim . azim . fikry . yang tu jew budak kelas aku .
dan ada separuh dari kelas lain . semalam memang best gila laa . layan kepala diaorang .
budak budak nie gila karoke layan laa dieorang karoke . haha . lepas jew dah puas 
melepaskan tension dengan berkaroke . semua beransur pulang . 
balik tu shareen balik dengan syawal . aku lambat sikit sebab tunggu si emy mok 
kemas untuk hantar aku . dalam bersuka ria ada jugak laa cerita yang sedih . 
tahu tak kenapa ? kereta emy mok cermin belakang kereta dia pecah sebab langgar pokok 
mangga rumah aku . rasa serba salah sebab kalau aku tak minta dia hantar mesti 
tak jadi macam tu kan . nak tanya sikit boleh tak ? aku nie pembawa malang kew ehk ?
semua yang rapat dengan aku mesti ada someting yang berlaku kat dieorang . 
okay laa aku dah tak tahu nak taip apa lagi . apa apa pon aku nak minta maap kat 
emy mok sebab pasal aku kow kena marah dengan bapa kau . aku minta maap sangat 
sangat taw . kalau laa kau baca blog aku nie . aku minta maap sangat sangat . 
okay laa . wsalam . sayang kauorang laa kawan ! 
xoxoxox :D

Tuesday 13 August 2013

jalan raya bersama kawan kawan !

assalammualaikum ! 
hai maap laa sebab dah lama tak upadate . 
bukan tak nak update busy laa . wish hari raya kat blog pon tak sempat . 
yup laa puasa aku kerja kat bazar . balik dah pukul berapa siap siap nak pergi 
solat teraweh lagi . kalau tak pergi teraweh pon siap and homework . 
kadang kadang info semasa pon aku tak sempat nak baca . haha .
busy macam datin datin laa pulak . haha . sekarang baru free . tu yang curi masa 
belajar sekejap untuk update cerita untuk hari nie . haha 
petang tadi aku keluar beraya dengan kawan kawan aku . huhu . 
macam macam yang jadi kat aku . alamak tiba tiba segan pulak aku nak cerita . haha 
okay okay aku cerita mula mula aku jatuh sebab tak reti nak duduk diam time 
kat atas moto . 2 hampir hampir kena langar sebab duduk kat tengah jalan . 
bersyukur kat allah sebab tak ada apa yang teruk . 
sebenarnye allah sayang aku sangat sangat kan . and bersyukur sangat sebab 
allah kurniakan kawan kawan yang bertanggungjawab . haha . 
best gila bila dapat beraya dengan dieorang . mula mula kami raya di rumah cikgu sadiq 
aku nak siap kan pic untuk kauorang tengok . haha . nie dia 
lepas tu kami bergerak beraya di rumah cikgu abdullah .
gambar di rumah cikgu dollah belum masuk kan . 
lepas jew balik dari rumah cikgu dollah kami bergerak ke anjung .
untuk hilang kan tension masing masing sebab naik nie jew dah trial time time macam
nie kita orang curi peluang untuk hilang kan tension . haha . 
terima kasih geng sebab ajak aku join kauorang beraya . 
kemudian kami bergerak raya ke rumah cikgu sasalbilah and last kali kami serbu 
rumah ain . lepas to masing masing bersurai . aku dengan emy balik dulu sebelum budak budak
nie . haha . ada laa sebab sebab tertentu . oke laa nak study nie . 
wsalam . wish good luck untuk trial kami yup .

Tuesday 23 July 2013

15 ramadhan !

assalammualaikum .
hai . baru lepas sahur . dah lama tak update cerita untuk kauorang , 
haha . hari nie kauorang apa khabar ? yang paling penting hari nie puasa tak . 
kalau yang masa nie puasa nye masa penuh alhamdulilah . bagi yang perempuan tak mengapa 
bea tahu apa masalah nye . haha . sebelum aku teruskan bercerita *ehmehm_ 
haha . memandangkan kita masih berpuasa aku nak ucapkan selamat menyambut ramahdan .
maap laa sebab aku wish agak lambat . tak ada masa yang free untuk aku update . 
maklum laa pagi sekolah . petang balik sekolah dah pergi R&R jaga bazar ramahdan . 
haha . cari duit sikit untuk tolong ibu beli baju raya adik adik . 
tahun nie tak boleh raya sangat sebab naik raya jew aku ada percubaan SPM . 
dah laa fakta EA dengan PD baru jew dapat hafal sikit . macam mana laa nantikan 
cukup cukup laa exam pertengahan tahun dah hancur gila tak laa percubaan nie 
markah aku nak sama gak . kecian laa ibuayah aku . dia nak sangat tengok aku cemerlang 
dalam SPM nie . sebelum nie aku ada laa lepax dengan ibuayah aku taw .
cakap pasal apa yang aku nak buat lepas SPM belajar or kerja ? 
pastu aku cakap laa adik nak kerja dulu dalam masa yang sama adik nak belajar juga 
dalam hadis ada berkata belajar laa sampai hujung nafas kita . 
adik kerja sebab adik nak kumpul duit untuk beli kamera conan atau niko sebab adik kan 
nak ambil bidang photogrape insyaallah adik akan try sedaya upaya untuk kerja cita cita adik .
doa dari ibuayah sangat adik perlukan sekarang . 
ibu kenapa sekarang adik cukup susah nak buka buku . kalau buka and baca sekejap 
mesti dah tido . erm . macam mana nie dah tak lama lagi adik dah nak exam dah nie . 
kalau terus terusan perangai adik macam nie gelap laa masa depan adik right ? 
pastu ibu aku cuma keluarkan satu ayat sahaja *berubah_ 
samapai situ jew perbualan aku dengan ibuayah . alhamdulilah sekarang aku dah boleh 
menghafal sedikit demi sedikit fakta EA & PD berkat berlajar bulan puasa nie . 
mudah mudahan di permudahkan aku menjawab ketika exam . 
berbalik cerita pasal bulan ramadhan balik . rindu laa dengan budak budak study aku . 
rasa macam nak buat buka puasa dengan diaorang . insyaallah satu hari nanti . 
aku dah bincang dah dengan ibu aku . ibu aku kata boleh tinggal cari 1 hari ibu free .
kenapa aku rindu diaorang sebab selalu nye kami buat study group . sekarang kami berhenti
untuk sebulan sebab nak bagi lalu kat bulan ramadhan mana laa tahu diaorang 
nak buat ibadahitu yang berhenti study sekejap . haha . 
nanti laa yup beb aku bagi tahu hari yang sesuai untuk kita buka puasa bersama yup . 
oke laa aku nak sembahyang and siap siap pergi sekolah . 
wsalam . kawan kawan study aku sayang kauorang taw ingat tu aku sayang kauorang taw . 
nak ingat kan sembahyang jangan lupa .